Pada 26hb dan 27hb Mei telah diadakan Program kem Motivasi Tahun 6. Tujuan program ialah menguatkan jati diri murid, meningkatkan motivasi diri, melahirkan murid yang berdisiplin dan berhemah tinggi yang memiliki sahsiah yang baik. YDP PIBG turut meyumbang tenaga sebagai penceramah dalam program ini. Semoga program ini dapat meninggalkan kesan yang positif terhadap murid-murid.
Jumaat, 27 Mei 2011
KEM MOTIVASI TAHUN 6
Pada 26hb dan 27hb Mei telah diadakan Program kem Motivasi Tahun 6. Tujuan program ialah menguatkan jati diri murid, meningkatkan motivasi diri, melahirkan murid yang berdisiplin dan berhemah tinggi yang memiliki sahsiah yang baik. YDP PIBG turut meyumbang tenaga sebagai penceramah dalam program ini. Semoga program ini dapat meninggalkan kesan yang positif terhadap murid-murid.
Sabtu, 21 Mei 2011
CERAMAH HADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 1
Pada 16hb,19hb dan 20hb Mei bersamaan Hari Isnin, Khamis dan Jumaat telah diadakan ceramah Hadapi Peperiksaan Semester 2 anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling. Tujuan program ini dibuat untuk beri kesedaran kepada murid pentingnya persiapan awal, memberi motivasi kepada murid dan rasa bertanggung jawab sebagai seorang murid. Semoga program ini dapat meninggalkan kesan positif kepada murid-murid dan peningkatan pencapaian akademik pada semester pertama tahun 2011.
Seminar Keibubapaan dan Menandatangi Surat Aku Janji Tahun 6





Pada 30hb April,bersamaan hari Sabtu telah diadakan Seminar Keibubapaan Peringkat Sekolah Klias Baru anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 96 orang ibubapa yang hadir manakala murid tahun 6 seramai 62 orang.
Dua orang penceramah telah dijemput iaitu guru daripada SK.Pekan Puan Amisum Mandan,guru Bimbingan dan kaunseling.Penceramah kedua ialah puan Rohaya Abd. Rahman.
Tujuan Seminar diadakan ialah untuk memahami peranan ibu bapa,selain itu memberi motivasi dan rasa tanggung jawab terhadap anak-anak mereka. Turut hadir ialah Pengerusi PIBG,Timbalan Pengerusi PIBG dan AJK Tertinggi PIBG. Semoga seminar ini dapat meninggalkan kesan positif kepada ibu bapa dan murid-murid.
Langgan:
Catatan (Atom)

