Pada 26hb dan 27hb Mei telah diadakan Program kem Motivasi Tahun 6. Tujuan program ialah menguatkan jati diri murid, meningkatkan motivasi diri, melahirkan murid yang berdisiplin dan berhemah tinggi yang memiliki sahsiah yang baik. YDP PIBG turut meyumbang tenaga sebagai penceramah dalam program ini. Semoga program ini dapat meninggalkan kesan yang positif terhadap murid-murid.
Jumaat, 27 Mei 2011
KEM MOTIVASI TAHUN 6
Pada 26hb dan 27hb Mei telah diadakan Program kem Motivasi Tahun 6. Tujuan program ialah menguatkan jati diri murid, meningkatkan motivasi diri, melahirkan murid yang berdisiplin dan berhemah tinggi yang memiliki sahsiah yang baik. YDP PIBG turut meyumbang tenaga sebagai penceramah dalam program ini. Semoga program ini dapat meninggalkan kesan yang positif terhadap murid-murid.
Sabtu, 21 Mei 2011
CERAMAH HADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER 1
Pada 16hb,19hb dan 20hb Mei bersamaan Hari Isnin, Khamis dan Jumaat telah diadakan ceramah Hadapi Peperiksaan Semester 2 anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling. Tujuan program ini dibuat untuk beri kesedaran kepada murid pentingnya persiapan awal, memberi motivasi kepada murid dan rasa bertanggung jawab sebagai seorang murid. Semoga program ini dapat meninggalkan kesan positif kepada murid-murid dan peningkatan pencapaian akademik pada semester pertama tahun 2011.
Seminar Keibubapaan dan Menandatangi Surat Aku Janji Tahun 6





Pada 30hb April,bersamaan hari Sabtu telah diadakan Seminar Keibubapaan Peringkat Sekolah Klias Baru anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 96 orang ibubapa yang hadir manakala murid tahun 6 seramai 62 orang.
Dua orang penceramah telah dijemput iaitu guru daripada SK.Pekan Puan Amisum Mandan,guru Bimbingan dan kaunseling.Penceramah kedua ialah puan Rohaya Abd. Rahman.
Tujuan Seminar diadakan ialah untuk memahami peranan ibu bapa,selain itu memberi motivasi dan rasa tanggung jawab terhadap anak-anak mereka. Turut hadir ialah Pengerusi PIBG,Timbalan Pengerusi PIBG dan AJK Tertinggi PIBG. Semoga seminar ini dapat meninggalkan kesan positif kepada ibu bapa dan murid-murid.
Sabtu, 22 Januari 2011
Program Orientasi Tahun 1 ( 2011 )




Pada hari Selasa dan Rabu bersamaan 11 dan 12 Januari 2011, Sekolah Kebangsaan Klias Baru telah mengadakan Program Orientasi Tahun satu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini melibatkan murid-murid tahun satu seramai 61 orang manakala guru-guru yang terlibat ialah 10 orang yang mengajar di Tahun Satu.Tempat program ini dijalankan di Makmal Komputer Sk.Klias Baru.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai kolaborasi dan salah satu pengisian yang diperuntukkan dalam Program Transisi pada minggu pertama persekolahan sesi 2011. Program ini merupakan persediaan kendiri dari segi psikososial & Kesejahteraan mental, kemahiran belajar, adap belajar dan reach out perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.Penutupan majlis telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kurikulum Pn.Siti Hawa Ag. Amin

